Cerita seorang penyokong sukan tanah air yang sentiasa menyokong tanah tumpah darahnya tidak kira menang atau kalah. Malaysia dihati Selangor dipahati.

28 September 2014

Selangor Juara Piala Sultan Selangor 2014

Sunday, September 28, 2014 Posted by Unknown , No comments
Alhamdulillah, akhirnya aku diberi kesempatan oleh Allah untuk pergi ke Stadium Shah Alam semalam untuk menyaksikan Piala Sultan Selangor 2014. Pada asalnya hasrat itu terpaksa aku batalkan sebab hujan, tapi dalam pukul 7.30 malam semalam, aku tekad juga nak pergi sebab sudah niat dari awal lagi nak tengok Piala Sultan Selangor 2014 di stadium. Redah sajalah, hujan pun renyai je. Aku berdesup dengan motor aku sendirian.

Bila sampai kat stadium, suasana memang meriah gila motor yang parking pun dah penuh, tak macam biasa yang aku selalu pergi. Lepas dah parking motor aku, teruskan dapat tiket free dalam porch-bag dan beratur nak masuk stadium. Boleh tengok sendirilah keadaan dalam gambar yang aku kongsikan ini, lebih kurang waktu ni pukul 8.20 malam.

TiketTiket










Alangkah seronoknya kalau dalam perlawanan yang penting dalam liga super ke, piala Malaysia ke penyokong yang hadir seramai macam ini. Sudah pasti moral pemain Selangor turut bertambah untuk menunjukkan mutu permainan yang lebih baik. Aku pun tak tahulah sama ada yang penuh ini sebab tiket free atau memang promosi baik punya. Tapi apapun tahniah kepada Selangor dan penyokong Selangor yang hadir.

Selepas dapat masuk stadium aku terus mencari pintu 9 atau 10 sebab situlah selalu port aku duduk sebab mempunyai padangan yang baik sambil menikmati perlawanan. Tapi apakan daya hampir setiap kerusi penuh telah di duduk atau di tempah. Jadi terpaksalah aku pergi ke tingkat atas untuk menyaksikan dua perlawanan antara Selangor Veteran vs Singapura Veteran dan juga Pilihan Selangor vs Pilihan Singapura. Korang tengoklah sendiri aku kongsikan suasana dalam stadium semalam.

stadiumStadium shah alam





































































Keputusan penuh untuk kedua-dua perlawanan ini adalah Selangor veteran 1-1 Singapura Veteran dan Pilihan Selangor 2-1 Pilihan Singapura.

Untuk penyokong Selangor, jangan lupa lepas ini penuhkan stadium macam ini juga untuk suku akhir Piala Malaysia Jumaat depan. Yang penting stadium kasi penuh tak kira lawan kelab ataupun negeri.

25 September 2014

Tiket Piala Sultan Selangor 2014

Thursday, September 25, 2014 Posted by Unknown , No comments
Tiket Piala Sultan Selangor 2014

Piala Sultan Selangor yang selalu dianjurkan setiap tahun bermula 2001 akan kembali sabtu ini. Aku telah pun bersedia untuk pergi ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan Piala Sultan Selangor ini.

Sebelum pergi ke stadium itu, pastikan korang dah ada tiket. Kalau tak dapat tiket percuma, kenalah beli di kaunter tiket di stadium. Tiket untuk Piala Sultan Selangor ini berharga RM10 untuk dewasa yang mana setiap pembelinya berpeluang untuk memenangi 8 buah "Mountain Bike" yang bernilai RM10,000.
Makluman untuk penjualan tiket Piala Sultan Selangor. - foto FB RTBPS
Walaubagaimanapun, ada juga cakap-cakap dalam facebook yang cakap, semasa sesi perasmian atau pengenalan di sebuah kompleks membeli belah, setiap seorang penyokong yang hadir ketika itu akan dapat 10 keping tiket percuma dari FAS sendiri. Tapi apakan daya, ada penyokong tegar Selangor yang pergi ke majlis itu tidak dapat seperti yang di gembar gemburkan. Sudahlah pihak pengurusan dengan penyokong tidak sehaluan, di tambah pula dengan kes macam ini. Mungkin lagi susah penyokong nak sokong pengurusan FAS.

Aku pula dah dapat tiket dari abang aku, satu untuk aku, satu lagi abang aku. Kami dapat tiket free, kata abang aku, dia dapat kat sekolah tiket itu. Tak tahulah macam mana dorang edarkan tiket-tiket percuma ini.

Nasihat aku, yang mana dapat tiket percuma itu, bolehlah pergi ke stadium sabtu ini. Tapi kalau kau tak nak pergi, janganlah jual balik tiket percuma itu, tak salah kalau bagi free ke orang-orang yang nak pergi perlawanan itu. Lagi satu nak bagi tahu, TV3 pun tayangkan siaran langsung Piala Sultan Selangor ini. Bolehlah duduk depan TV juga.

19 September 2014

Tuan Rumah Futsal AFF 2014 Tapi Kurang Liputan Eksklusif

Friday, September 19, 2014 Posted by Anonymous No comments
Apa boleh buat? Itulah yang terjadi kepada sukan Futsal di Malaysia. Kalau nak diikutkan, sukan futsal ini, Malaysia berada di ranking yang agak baik berbanding pasukan Bola Sepak kita. Jadi aku rasa tak salah, kalau salah satu siaran televisyen di Malaysia ini ambil hak penyiaran rasmi sukan ini.

Hari ini merupakan hari pertama Kejohanan Futsal AFF 2014 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam. Tapi itulah, macam aku kata tadi, walaupun nak masuk stadium itu secara percuma tapi kalau tak ada promosi memang susah stadium nak penuh macam gambar di bawah ini.

Ini perlawanan pertama antara Malaysia vs Indonesia, Malaysia tewas 1-6 - foto Astro Arena 801
Jadi bila stadium tak penuh, mungkin pemain sendiri pun hilang semangat nak main sebab mungkin mereka ingat dengan bermain di halaman sendiri akan dapat sorakan padu dari penyokong Malaysia. Tapi apakan daya kurangnya promosi menyebabkan penyokong kurang ke stadium.

Kalau tanya aku pergi ke tak? Aku tak dapat hadirkan diri sebab aku kerja makan gaji jadi tak bolehlah sesuka hati nak keluar pejabat. Lagipun aku orang penting dalam syarikat, kalau aku tak ada, satu kilang masalah.

Aku cuma boleh menyeru kepada semua yang baca ini, datanglah esok untuk tengok aksi pemain Malaysia dalam perlawanan kedua mereka menentang pasukan Brunei. Perlawanan bermula pukul 5 petang, masuk adalah percuma di Stadium Melawati, Shah Alam. Lepas tengok futsal secara percuma, bolehlah keluarkan sikit modal RM20 untuk aksi Persahabatan Malaysia vs Kemboja pula di Stadium Shah Alam. Sebelah saja, jalan kaki tak sampai 5 minit boleh sampai kat bangku simpanan Stadium Shah Alam.

18 September 2014

Aku Seorang Penyokong

Thursday, September 18, 2014 Posted by Anonymous No comments
Ketika perlawanan Malaysia vs Singapura untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 - foto Lensa
Stadium Shah Alam merupakan venue pertama untuk pasukan Harimau Malaya kita beraksi dibawah kendalian Dollah Salleh di negara kita. Pertemuan persahabatan yang melibatkan pasukan Harimau Malaya menentang pasukan Kemboja.

Aku boleh nak dikatakan begitu teruja setiap kali pasukan kebangsaan kita mengadakan sebarang perlawanan, tak kira kejohanan mahupun persahabatan. Apa yang penting bagi aku adalah semangat aku untuk terus menyokong. Bak kata Allahyarham Mokhtar Dahari.

"Jika korang malu dengan jersi negara yang korang pakai sekarang, lebih baik korang cari jersi negara lain"

Inilah kata-kata beliau yang telah aku ubah sikit tapi mempunyai maksud yang sama.

Aku boleh dikategorikan sebagai penyokong tegar tapi tidaklah setegar Ultras-ultras di Malaysia ini, yang mana setiap perlawanan akan turun ke stadium. Level aku bawah sikit daripada penyokong yang di gelar Ultras, bawah sikit dari otai-otai yang main gendang. Itulah level aku.

Walaupun kadang-kadang tidak ke stadium, otak aku mesti ingat nak pergi stadium juga, hati rasa tak tenang. Kalau tak dapat pergi juga aku akan cari live di TV, kalau tak ada juga akan ku cari livestreaming pula, kalau tak ada juga aku cari fanpage sukan di Facebook, tapi kalau tak ada juga, last sekali aku cari livescore. Bagi aku yang penting aku dapat tahu keputusan secepat mungkin. Itulah cara aku menyokong.

Jadi, sabtu ini 20 September 2014 ada game di Shah Alam. Aku pasti akan turun ke stadium demi Harimau Malaya.