Cerita seorang penyokong sukan tanah air yang sentiasa menyokong tanah tumpah darahnya tidak kira menang atau kalah. Malaysia dihati Selangor dipahati.

19 September 2014

Tuan Rumah Futsal AFF 2014 Tapi Kurang Liputan Eksklusif

Friday, September 19, 2014 Posted by Anonymous No comments
Apa boleh buat? Itulah yang terjadi kepada sukan Futsal di Malaysia. Kalau nak diikutkan, sukan futsal ini, Malaysia berada di ranking yang agak baik berbanding pasukan Bola Sepak kita. Jadi aku rasa tak salah, kalau salah satu siaran televisyen di Malaysia ini ambil hak penyiaran rasmi sukan ini.

Hari ini merupakan hari pertama Kejohanan Futsal AFF 2014 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam. Tapi itulah, macam aku kata tadi, walaupun nak masuk stadium itu secara percuma tapi kalau tak ada promosi memang susah stadium nak penuh macam gambar di bawah ini.

Ini perlawanan pertama antara Malaysia vs Indonesia, Malaysia tewas 1-6 - foto Astro Arena 801
Jadi bila stadium tak penuh, mungkin pemain sendiri pun hilang semangat nak main sebab mungkin mereka ingat dengan bermain di halaman sendiri akan dapat sorakan padu dari penyokong Malaysia. Tapi apakan daya kurangnya promosi menyebabkan penyokong kurang ke stadium.

Kalau tanya aku pergi ke tak? Aku tak dapat hadirkan diri sebab aku kerja makan gaji jadi tak bolehlah sesuka hati nak keluar pejabat. Lagipun aku orang penting dalam syarikat, kalau aku tak ada, satu kilang masalah.

Aku cuma boleh menyeru kepada semua yang baca ini, datanglah esok untuk tengok aksi pemain Malaysia dalam perlawanan kedua mereka menentang pasukan Brunei. Perlawanan bermula pukul 5 petang, masuk adalah percuma di Stadium Melawati, Shah Alam. Lepas tengok futsal secara percuma, bolehlah keluarkan sikit modal RM20 untuk aksi Persahabatan Malaysia vs Kemboja pula di Stadium Shah Alam. Sebelah saja, jalan kaki tak sampai 5 minit boleh sampai kat bangku simpanan Stadium Shah Alam.

0 comments:

Post a Comment